|
PENGASAS SEKOLAHllahyarham Dato’ Taiban bin Haji Hassan DPMS, PJK adalah pengasas utama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris Sungai Besar, Selangor yang kini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena. Beliau pada masa itu adalah Wakil Rakyat Kawasan Sungai Besar di bawah pemerintahan Parti Perikatan ( UMNO ) dan anak jati tempatan.Allayarham
Dato’ Taiban dengan penduduk tempatan telah membuat rayuan kepada Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor supaya dapat menubuhkan kelas Darjah Menengah
Inggeris di Sungai Besar. Beliau telah berusaha banyak kali membawa cadangan
penduduk tempatan bagi menubuhkan kelas tersebut. Cadangan beliau dan penduduk
tempatan akhirnya telah diterima oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
kerana adanya alasan yang kukuh pada waktu itu. Selama ini murid-murid
yang tamat darjah enam sekolah Inggeris terpaksa melanjutkan pelajaran
ke Pekan Sabak Bernam. Mereka terpaksa berbasikal sejauh 12 kilometer.
Ada juga di antara mereka terpaksa pergi bersekolah di Teluk Intan, Klang
atau Kuala Lumpur.
Padaawal
Januari 1965 Sekolah Menengah Darjah Inggeris Kebangsaan Inggeris Sungai
Besar, Selangor. Pada masa itu pengetuanya yang mula-mula di lantik ialah
En. Yogarat. 4 orang guru dan 62 orang murid.
Pada
tahun 1969 Allahyarham Dato Taiban sekali lagi membuat rayuan kepada Jabatan
Pendidikan Selangor agar cadangan beliau dan penduduk tempatan kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk membina sebuah sekolah menengah Inggeris di Sungai
Besar. Cadangan Allahyarhamsekali
lagi telah di terimadan terbinalah
dua blok bangunan dua tingkat di kawasan seluas 9 ekar. Murid-murid yang
selama ini menumpang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris telah
berpindah ke bangunan sendiri pada tahun 1971 .
Allahyarham
Dato’ Taiban telah dilantik menjadi Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan
Guru yang pertama sehinggalah beliau tidak lagi menjadi wakil rakyat pada
1979. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1983 dan dikebumikan di tanah
Perkuburan Islam Sungai Air Tawar Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan .
|
Home / Kata Aluan Pengetua / Kata Aluan PIBG
Pentadbiran/Pengurusan 1/ Pengurusan 2/ Pengurusan 3/ Sejarah SSB
PIBG / Visi & Misi / Logo / Fizikal / Keistimewaan / Kurikulum