|
EN.
AB. JALIL B. HAMZAH
Kata
alu-aluan Tuan Pengetua Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita melaksanakan projek laman web sekolah ini. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan projek ini. Semoga apa yang dipaparkan akan menjadi sumber maklumat kepada masyarakat. Senario pendidikan kini telah berubah terutama dari segi revolusi teknologi yang kini berkembang pesat. Rata-rata orang menyatakan tentang MSC kini. Oleh itu, penggunaan teknologi canggih dalam aspek pendidikan sudah pasti mampu melahirkan generasi celik komputer dan berketerampilan serta dapat memberikan sumbangan yang bermanfaat kepada bangsa dan negara. Ini selaras dengan hasrat kerajaan yang mahukan negara kita maju dalam teknologi seperti ini melalui MSC, Sekolah Bestari, Bandar Siberdan Universiti Multimedia (MMU). Oleh itu, wajarlah bagi pelajar (SSB) lebih peka dan lebih bersedia dengan arus dunia masa kini. Kemajuan harus sentiasa dicari agar pelajar tidak ketinggalan dalam mengharungi cabaran era globalisasi ini. Pelajar harus sentiasa berdaya saing pada tahap yang optimum. Dalam era kemajuan teknologi maklumat (IT) yang pantas ini, pelajar terdedah kepada pelbagai sumber maklumat yang terkini. Kemampuan untuk melayarinya mampu membina keperibadian yang mulia dan berwawasan. Saya menyeru kepada para pelajar supaya menguasai kemahiran teknologi komputer agar setanding dengan bangsa-bangsa lain yang maju. Ini selaras dengan hasrat kerajaan mahukan negara di kenali sebagai sebuah negara perindustrian menjelang 2020. Matlamat ini, tidak akan tercapai sekiranya para pelajar hari ini tidak turut serta. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan pelajar yang telah berusaha dengan gigih dalam menjayakan lawan web sekolah ini bagi memperkenalkan Sekolah Menegah Kebangsaan Seri Bedena kepada seluruh masyarakat pembaca. Akhir
kata, saya berharap dan berdoa agar kejayaan sentiasa mengiringi seluruh
warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena selamanya. Sekian,
wassalam dan selamat maju jaya.
|
Home / Kata Aluan Pengetua / Kata Aluan PIBG
Pentadbiran/Pengurusan 1/ Pengurusan 2/ Pengurusan 3/ Sejarah SSB
PIBG / Visi & Misi / Logo / Fizikal / Keistimewaan / Kurikulum