Y.Bhg Dato` Hj Ramli B. Hj Noraini

Yang Dipertua PIBG SMK Seri Bedena

Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Alhamdulliah syukur ke hadrat ilahi dan terima kasih kepada pihak SMK Seri Bedena yang memberi peluang dan ruang kepada saya selaku Yang Dipertua PIBG merakamkan kata alu-aluan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan SMK Seri Bedena membina laman web sekolah ini yang boleh dianggap sebagai sumber maklumat rasmi sekolah dan juga sebagai wahana berinformasi kepada semua pihak khususnya ibubapa dan masyarakat amnya.

    Selaku wakil rakyat daripada pihak ibubapa, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua, guru-guru serta seluruh warga SMKSB atas segala usaha yang gigih dan komitmen yang diberikan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam semua biang.

    Diharapkan dengan adanya Web SMK Seri Bedena ini, ia bukan sahaja menjadi sumber maklumat pentadbiran dan pengurusan sekolah tetapi jaga akan memuatkan sumber-sumber maklumat pengajaran dan pembelajaran pelajar. Peluang ini harus digunakan oleh guru-guru dan juga pelajar sepenuhnya untuk mengeksploitasi penggunaan internet dalam dunia pendidikan.

    Oleh itu saya menyeru agar ibubapa memberi sokongan terhadap segala usaha atau program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Ibubapa juga diharap dapat membuka minda supaya berfikiran positif terhadap internet yang selama ini dilihat sebagai negatif di kalangan masyarakat. Dalam dunia tanpa sempadan ini, ibubapa harus membina benteng bagi melindungi anak-anak daripada gejala-gejala negatif yang terdapat dalam internet. Benteng yang saya maksudkan ialah didikan agama yang kukuh kerana dengan didikan agama yang cukup sudah pastinya mereka dapat membezakan yang baik dan buruk.

    Akhir kata saya mewakili ibubapa mendoakan SMK Seri Bedena akan berjaya dengan cemerlang di dalam akademik dan pembentukan sahsiah pelajar yang tinggi dalam menghadapi cabaran arus globalisasi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju suatu hari nanti.

Sekian, terima kasih
 


Home / Kata Aluan Pengetua / Kata Aluan PIBG

Pentadbiran/Pengurusan 1/ Pengurusan 2/ Pengurusan 3/ Sejarah SSB

PIBG / Visi & Misi / Logo / Fizikal / Keistimewaan / Kurikulum

KalendarGambar / Peristiwa / Pereka set /