PROGRAM RINTIS SEKOLAH KEKERJAYA 

SMK SERI BEDENA (SKK)

PENGENALAN

Sekolah Ke Kerjaya (SKK) ialah satu program pendidikan dan Latihan Tempat Kerja bagi mengembangkan potensi pelajar yang lebih cederung menggunakan kemahiran generik. Kemahiran dan pengetahuan boleh guna melalui pengalaman tempat kerja ini dicadangkan oleh Pihak Kementerian Pendidikan bagi membolehkan pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dan selaras dengan keupayaan dan minat pelajar. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena adalah perintis bagi daerah Sabak Bernam dalam melaksanakan projek yang sangat bermanfaat ini.

PAKEJ PEMBELAJARAN

Pakej pembelajaran program SKK mengandungi 2 komponen iaitu

1.Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

ØPelajar ditempatkan di dalam 1 kelas yang sama.

ØMengambil 6 mata pelajaran wajib dan 3 mata pelajaran elektif.

ØMenggunakan sukatan pelajaran minima yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).

2.Latihan di tempat kerja.

PERLAKSANAAN

Program SKK dilaksanakan secara giliran mingguan, bermula dari minggu pertama penggal kedua (Jun 1999) hinggalah Jun 2000. Pelajar akan berada di sekolah untuk mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa setelah seminggu berada di tempat latihan kemahiran. Pemantauan diadakan dari semasa ke semasa agar keberkesanan program ini dapat dikekalkan. Seramai 8 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan mengikuti program yang julung-julung kali diadakan ini.

JENIS LATIHAN

Dua bidang kemahiran yang sedang dilaksanakan ialah

1. Kimpalan dan Motor Mekanik - Pusat GIAT MARA Sabak Bernam.

2. Kemahiran Jahitan dan Sulaman - Bengkel KEMAS

PENUTUP

Program SKK ini sangat bermanfaat dilaksanakan di kalangan pelajar SMK Seri Bedena memandangkan keperluan sistem pembelajaran kemahiran sebagai mata pelajaran alternatif. Diharapkan program ini mendapat sambutan dan sokongan dari para pelajar guru dan pihak sekolah supaya SMK Seri Bedena dapat dijadikan sekolah contoh untukdiikuti oleh sekolah lain daerah ini.

PN.RUDZANAH HJ.HASSAN

Unit Bimbingan & Kaunseling
SMK Seri Bedena
 
 

Home / Kata Aluan Pengetua / Kata Aluan PIBG

Pentadbiran/Pengurusan 1/ Pengurusan 2/ Pengurusan 3/ Sejarah SSB

PIBG / Visi & Misi / Logo / Fizikal / Keistimewaan / Kurikulum

KalendarGambar / Peristiwa / Pereka set /